Syarat Berzakat
Islam
Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama Islam sahaja. Orang kafir tidak difardhukan menunai zakat, bahkan zakat mereka tidak sah jika ditunaikan kerana zakat mempunyai ciri-ciri ibadat.
Pemilikan Sempurna
Milik sempurna bermaksud “Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas ( إخْتِيَارُ ) untuk mengurus ( حَقُّ التَصَرُّفِ ) dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-undang dan peraturan.”
Cukup Nisab
Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu.
Dalil syarat nisab emas, buah-buahan dan unta seperti yang dijelaskan Hadith berikut:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسةِ أَوْسُقٍ مِنَ التَّمْرِ صَدَقَةٌ، وَلَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسِ أَوَاقٍ مِنَ الْوَرِقِ صَدَقَةٌ ، وَلَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسِ ذَوْدٍ مِنَ الإِبِلِ صَدَقَة
لاَ صَدَقَةَ إِلاَّ عَنْ ظَهْرِ غِنَى
(رواه البخارى)
(HR Bukhari)
Nisab sesuatu harta adalah berbeza-beza berdasarkan jenis-jenis harta zakat. Nilai jumlah minimum nisab zakat telah ditetapkan dengan hadith.
Penerangan :
Segala jenis harta yang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan kesemuanya bagi tujuan kiraan zakat, seperti jumlah simpanan Tabung Haji, wang simpanan di bank-bank, jongkong/dinar emas dan lain-lain lagi digabungkan untuk mencukupkan nisab 20 mithqal.
Cukup Haul
Haul ialah tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun. Syarat haul ditetapkan dengan hadith.
لاَزَكَاةَ فِي مَالٍ حَتَّى يَحُوْلَ عَلَيْهِ الحَوْلُ
(HR Darul Qutni)
Harta Yang Berkembang
Harta yang berkembang adalah harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki ( حَقِيْقِي ) atau boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ). Bentuk harta zakat yang berkembang secara hakiki ( حَقِيْقِي ) adalah:
- Binatang ternakan berkaki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing.
- Hasil tanaman yang menjadi makanan asasi seperti padi, jagung dan seumpamanya.
- Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi urusniaga di pasaran.
Harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ) adalah :
- Emas, perak, mata wang dan hasil galian seperti minyak, bijih timah, gas asli dan harta karun yang bernilai dan seumpamanya.
- Tanaman, ternakan dan lain-lain harta yang diusahakan secara komersial.
Sumber : Lembaga Zakat Selangor
HUBUNGI KAMI
Aras Bawah
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA
Tel: 03-5544 3115 / 2381
WhatsApp: 019-231 3391
Email: bszw@uitm.edu.my
Today 9
Yesterday 11
Week 117
Month 259
All 7021