pENGENALAN

    Latar Belakang ZAWAF

    • Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) bermula dengan penubuhan Unit Zakat secara rasmi pada 16 Jun 1998. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melaksana dan menguatkuasakan memorandum perjanjian yang telahpun dipersetujui bersama antara ITM dengan MAIS. 
    • Unit Zakat ITM ketika itu berperanan mengendalikan urusan kutipan zakat dalam kalangan warga UiTM dan menyerahkan keseluruhan kutipan tersebut kepada pihak MAIS. Imbalan daripada tanggungjawab kutipan tersebut, Unit Zakat ITM akan menerima pulangan kembali sebanyak 50 peratus.
    • Mulai tahun 2019, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menambah Ibnu Sabil di dalam senarai asnaf yang dibenarkan agihan menjadikan jumlahnya 5 asnaf. Pada peringkat awal penubuhan, struktur Unit Zakat diletakkan di bawah Penolong Rektor Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) hingga Jun 2001. Bermula bulan Jun 2001 hingga 13 Jan 2004, unit ini terletak di bawah seliaan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Seterusnya bermula pada 13 Januari 2004 Unit Zakat terletak di bawah seliaan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU).
    • Pada tahun 2012, CITU telah dinaiktaraf menjadi fakulti dengan nama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Selaras dengan penjenamaan dan penstrukturan semula, unit zakat dinaiktaraf menjadi Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf ACIS UiTM. Bermula 1 Ogos 2019, telah berlaku penstrukturan semula dan Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf telah dipisahkan daripada pengurusan ACIS.Dengan penstrukturan baharu ini, ia telah dinaik taraf menjadi Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) dan diletakkan di bawah seliaan Naib Canselor UiTM.
    • Pada peringkat awal penubuhannya, Unit Zakat hanya terdiri daripada dua orang kakitangan sahaja iaitu seorang ketua dan kerani kanan. Selaras dengan transformasi dan perkembangan semasa, ZAWAF kini mempunyai seramai sembilan orang kakitangan yang terdiri daripada seorang pengarah dan dibantu oleh lapan orang kakitangan iaitu seorang pengurus zakat, tiga orang pegawai eksekutif, seorang kerani kanan, seorang orang kerani, seorang pegawai khidmat pelanggan dan seorang pemandu.
    • Tanggungjawab utama ZAWAF ialah untuk menguruskan kutipan zakat dalam kalangan warga UiTM dan orang ramai. Antara jenis bayaran zakat yang diterima ialah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Pelaburan, Zakat Simpanan, Zakat Saham, Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Zakat Emas dan Perak, Zakat Fitrah dan Qada Zakat.
    • Mekanisma kutipan zakat di UiTM dilaksanakan melalui beberapa cara antaranya melalui Skim Potongan Gaji (SPG) secara bulanan. Selain itu, bayaran zakat di kaunter secara tunai / cek juga boleh dilakukan dengan hadir ke pejabat ZAWAF.
    • Namun, disebabkan oleh kekangan wabak COVID-19 yang melanda dunia, ZAWAF menyediakan alternatif saluran pembayaran mudah iaitu secara atas talian (online). Kaedah terbaharu ini tenyata lebih efisien, mudah dan cepat serta menepati dua keperluan semasa iaitu mencegah pandemik COVID-19 dan transformasi pengurusan ZAWAF kearah bebas tunai (cashless) dalam semua urusan.
    • Proses pengagihan zakat di UiTM pula dilaksanakan berpandukan kepada garis panduan Sistem Agihan Zakat Negeri Selangor (1999) yang disediakan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak (Fatwa) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
    • Garis panduan tersebut kini dikenali sebagai panduan Penentuan Had al-Kifayah Negeri Selangor. Pada peringkat awal, manfaat agihan zakat UiTM hanya dikhususkan kepada warga UiTM yang terletak di negeri Selangor sahaja.
    • Namun, bermula pada tahun 2012 sehingga kini, manfaat agihan zakat UiTM turut boleh dinikmati oleh warga UiTM di seluruh negara.

    Kronologi Tertubuhnya
    Bahagian Zakat, Sedekah, dan Wakaf (ZAWAF)

    Bahagian Zakat, Sedekah, dan Wakaf (ZAWAF)

    Bahagian Zakat, Sedekah Dan Wakaf

    Hubungi Kami

    Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
    Aras Bawah
    Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
    Universiti Teknologi MARA,
    40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA

    ☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
     Email: bzsw@uitm.edu.my

    Ikuti Kami

    • Tiktok
    • Instagram
    • Whatsapp
    • Telegram

    Pautan Rasmi

    VISITOR

    Today 79

    Yesterday 94

    Week 418

    Month 1731

    All 41812

    © 2024 COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA                                        Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy