Soalan-Soalan Lazim agihan zakat
Status Permohonan
Bagaimana untuk mengetahui status permohonan bantuan zakat?
Pelajar boleh membuat semakan di laman web rasmi Student Portal UiTM.
Apakah maksud status permohonan di dalam sistem permohonan eZakat?
- Permohonan Zakat akan Diproses Permohonan telah diterima dalam sistem.
- Pengesahan Tatatertib Disokong Permohonan telah diterima oleh pihak UPKK dan telah disahkan.
- Dermasiswa disokong & Berjaya ditemuduga Permohonan telah berjaya untuk di temuduga. Pelajar perlu berhubung dgn pihak fakulti bagi tujuan sesi temuduga.
- Temuduga Disokong Permohonan telah disokong oleh panel penemuduga, permohonan akan dibawa ke Mesyuarat Agihan Zakat.
- Permohonan Zakat Diluluskan Permohonan berjaya untuk menerima bantuan zakat.
Bayaran Zakat
Bilakah tarikh kemasukan duit bantuan ke akaun bank pelajar?
14 hari selepas mesyuarat agihan zakat
Bagaimana saya hendak tahu bantuan telah diterima ke akaun bank?
Pelajar akan terima maklum balas penerimaan bantuan di emel rasmi pelajar. Pelajar perlu memastikan akaun bank adalah aktif. Jika akaun tidak aktif, pelajar perlu berhubung dengan pihak bank bagi pengaktifan semula akaun.
Sekiranya saya telah mendapat emel makluman penerimaan bantuan tetapi wang bantuan masih belum diterima?
Bagi status ini, wang bantuan telah disalurkan, tempoh proses transaksi bergantung kepada pihak bank. Pemegang akaun Bank Islam akan mendapat pada hari yang sama.
Temuduga
Sekiranya tidak hadir temuduga, adakah permohonan terbatal?
Permohonan tidak berjaya kecuali jika mempunyai alasan munasabah akan dipertimbangkan.
Tidak hadir temuduga, adakah permohonan terbatal?
Permohonan tidak berjaya kecuali kalau ada alasan munasabah boleh dipertimbangkan.
Jika temuduga telah disokong, adakah bantuan zakat pasti dapat?
Tidak semestinya kerana kelulusan bergantung pada mesyuarat agihan zakat.
Bila dan Bagaimanakah sesi temuduga dijalankan?
Pelajar perlu mendapatkan maklumat drpd Pihak HEP fakulti. Pihak HEP fakulti memberitahu tarikh yg ditetapkan.
Lain - Lain
Sekiranya terlepas permohonan zakat di student portal, apakah alternatif tersebut?
Sepatutnya perkara ini TIDAK BERLAKU, kerana makluman telah diberikan pada setiap awal semester. Akan tetapi, jika ada sbb2 munasabah, permohonan rayuan akan dipertimbangkan.
Adakah ZAWAF boleh beri tajaan bagi melanjutkan pengajian?
Tiada tajaan diberikan, hanya bantuan zakat diberikan kepada warga uitm sepenuh masa sahaja.
Bagaimana saya hendak menukar no akaun bank penerimaan bantuan zakat?
Pelajar perlu mengemaskini di laman web rasmi student portal uitm.
Boleh ke pelajar Latihan industri memohon zakat?
Selagi pelajar berstatus aktif, pelajar boleh memohon bantuan zakat.
HUBUNGI KAMI
Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
Pemerkasaan Adiwangsa
Aras Bawah
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA
☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
✉ Email: bzsw@uitm.edu.my
Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
Pemerkasaan Adiwangsa
Aras Bawah
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA
☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
✉ Email: bzsw@uitm.edu.my
IKUTI KAMI
VISITOR
Today 15
Yesterday 61
Week 15
Month 1910
All 61726