Objektif & Fungsi

    Objektif ZAWAF


    Zakat

    Secara umumnya, terdapat pelbagai objektif di sebalik pelaksanaan ibadah zakat yang telah diwajibkan ke atas umat Islam. Objektif zakat boleh dilihat dari pelbagai perspektif antaranya ialah dalam konteks agama, pembayar zakat, penerima zakat, pembangunan negara, ekonomi dan sosial (Azri Bhari, 2016) ...

    1.Objektif Zakat Dalam Konteks Agama
    Dalam konteks agama, maqasid ibadah zakat dilihat berperanan membentuk kepatuhan dan ketaatan manusia kepada Allah SWT supaya menjadi hamba yang beriman dan bertakwa (Hisham Sabri dan Zulkifli Hasan, 2006). Selain itu, ia dapat melahirkan manusia yang bersyukur dengan nikmat pemberian Allah SWT dan dapat membersihkan diri dari dosa (al-Ghazali, 2004).

    2. Objektif Zakat Dalam Konteks Pembayar Zakat
    Melalui berzakat dapat memupuk jiwa menjadi pemurah, melatih diri menunaikan amanah dan menyampaikan hak-hak kepada pemiliknya (K.H. Sjechul Hadi Permono, 1993). Hal ini secara tidak langsung dapat menghiasi akhlak dengan sifat dermawan dan pemurah selain membuang sifat kikir dan kedekut, kerana sifat semulajadi manusia memang sangat sayangkan harta benda (Mahmood Zuhdi, 2003).

    3. Objektif Zakat Dalam Konteks Penerima Zakat
    Menurut Zulkifli Mohamad al-Bakri (2010), objektif zakat dalam konteks agihan zakat berbeza-beza mengikut golongan penerima zakat sebagaimana yang telah ditentukan oleh naṣ sebanyak lapan asnaf. Orang miskin dan fakir yang melihat orang di sekelilingnya hidup senang dengan harta melimpah sedangkan dirinya diselubungi derita kemiskinan, berkemungkinan menjadi penyebab timbulnya rasa dendam, cemburu, dengki, permusuhan dan kebencian dalam hati mereka terhadap orang kaya. Sekiranya dibiarkan sifat negatif ini pasti akan menjadi barah dalam masyarakat. Senario ini pastinya menjejaskan hubungan sesama Muslim, malah berpotensi memutuskan tali persaudaraan dan menyemarakkan kebencian (Azri Bhari & Luqman Abdullah, 2016).

    4. Objektif Zakat Dalam Konteks Pembangunan Negara
    Zakat turut dilihat mempunyai peranan dalam konteks pembangunan negara supaya kestabilan dan keseimbangan dapat dicapai dengan baik. Objektif pensyariatan zakat seterusnya ialah mewujudkan suasana aman dan tenteram dalam kehidupan masyarakat di dalam sesebuah negara. Perkara ini boleh digambarkan melalui ketiadaan berlaku kes jenayah, rompakan dan sebagainya apabila golongan yang memerlukan kewangan dibantu dengan wang zakat (Amin Khan, 2015; al-Jarjawi, 2009).

    5. Objektif Zakat Dalam Konteks Sosial
    Dalam konteks sosial, zakat memainkan peranan menyusun kehidupan masyarakat agar lebih aman, harmoni dan terhindar dari segala konflik negatif yang boleh tercetus kesan daripada hubungan masyarakat yang tidak berkerjasama (Hailani Muji Tahir, 2007). Kepentingan hasil zakat sebagai medium pembangunan ummah tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Jika kutipan zakat dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa, maka taraf hidup masyarakat akan menjadi lebih baik. Melalui zakat, ia dapat mewujudkan kesatuan masyarakat dan jaminan sosial serta memupuk hubungan sosial yang baik dalam masyarakat (Ariffin Omar, 2006).

    Fungsi ZAWAF

    Image

    Bahagian Zakat, Sedekah Dan Wakaf

    Hubungi Kami

    Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
    Pemerkasaan Adiwangsa

    Aras Bawah
    Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
    Universiti Teknologi MARA,
    40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA

    ☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
     Email: bzsw@uitm.edu.my

    Ikuti Kami

    • Tiktok
    • Instagram
    • Whatsapp
    • Telegram

    Pautan Rasmi

    VISITOR

    Today 21

    Yesterday 74

    Week 226

    Month 1140

    All 54457

    © 2024 COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA                                        Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy