SEDEKAH JARIAH

    Pengenalan Sedekah

    Dari Segi Bahasa – (Bahasa Arab : صدقة)‎ Sedekah ini bermaksud benar/lurus/orang yang memiliki sifat-sifat terpuji yang sempurna/perkara yang diberikan kepada orang fakir kerana Allah.

    Dari Segi Syara’ pemberian daripada seseorang dengan tujuan ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sekiranya mahu keimanan kita/yakin dengan janji Allah SWT, sebetulnya adalah apabila kita membuktikan nya dengan Tindakan kita dan dalam konteks ini adalah dengan menginfakkan harta kita di jalan Allah SWT. Pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, keluarga, mahupun atas dasar jihad fi sabillillah.

    Dari Sudut Al-Quran :

    خُذْ مِنْ اَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيْهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْۗ اِنَّ صَلٰوتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْۗ وَاللّٰهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ

    Ambillah sebahagian  dari harta mereka guna sebagai sedekah (zakat) supaya dengannya, Engkau membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui
    (Surah At-Taubah : 103)

    فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ بِهٖٓ اَذًى مِّنْ رَّأْسِهٖ فَفِدْيَةٌ مِّنْ صِيَامٍ اَوْ صَدَقَةٍ اَوْ نُسُكٍ ۚ فَاِذَآ اَمِنْتُمْ

    Jika ada di antara kamu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu dia bercukur), maka dia wajib berfidyah, yaitu berpuasa, bersedekah atau berkorban. 
    (Surah Al-Baqarah : 196)

    Dari Sudut Hadith :

    Bersedekah tidak akan mengurangkan harta supaya umat Islam tidak kira kaya atau miskin. Orang yang miskin yang bermurah hari untuk bersedekah diminta sedekah ala kadar agar tidak menyusahkan diri dan orang-orang yang ditanggungnya.

    Menurut hadis-hadis yang dinyatakn, jelas lah sedekah merupakan satu perkara baik yang disukai Allah SWT dan amalan yang baik ini bukan sahaja untuk pahala disisi Allah semata-mata malahan ia akan dianggap sebagai sedekah dan dapat membuang sesuatu yang merbahaya di atas jalan turut dikira sedekah.


    Cara Bersedekah

    Akhir kalam, bersedekahlah dengan harta yang disenangi penerima. Allah SWT melarang untuk bersedekah perkara atau harta yang tidak baik kerana bersedekah itu sendiri adalah symbol kepada mensyukuri nikmat Allah. Harta yang baik itu adalah sesuatu yang halal, boleh digunakan dan bukanlah perkara yang haram atau subahat. Hukum bersedekah adalah sunat bagi pemberi dan penderma sedekah dengan perkara yang disenangi dan diperlukan, tidak kira sedikit atau banyak.

    Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf ingin mengajak semua umat Islam untuk bersedekah dan suburkan amalan bersedekah dalam diri kerana ianya pasti akan dibalas oleh Allah SWT seperti firmanNya:

    وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا

    Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)

    Dana sedekah kepada pihak Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Shah Alam akan disalurkan kepada pelajar dan staff yang memerlukan. Pada masa ini, kami ada menyediakan alternatif untuk bersedekah :

    1. Boleh membuat sumbangan di kaunter Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf.

    2. Secara atas talian melalui link DI SINI.

    Dan berikut merupakan akaun bank kami untuk salurkan sebarang sedekah:

    Akaun Sedekah UiTM
    Nama Akaun: Bendahari UiTM
    Bank: Affin Islamic Bank 
    No Akaun: 1051-4000-3422

     Semoga sumbangan sedekah anda dan keprihatin anda diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.

    Bahagian Zakat, Sedekah Dan Wakaf

    Hubungi Kami

    Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
    Pemerkasaan Adiwangsa

    Aras Bawah
    Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
    Universiti Teknologi MARA,
    40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA

    ☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
     Email: bzsw@uitm.edu.my

    Ikuti Kami

    • Tiktok
    • Instagram
    • Whatsapp
    • Telegram

    Pautan Rasmi

    VISITOR

    Today 21

    Yesterday 74

    Week 226

    Month 1140

    All 54457

    © 2024 COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA                                        Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy