WAKAF

    Pengenalan Wakaf

     Wakaf adalah salah satu kaedah taqarrub ilallah (mendekatkan diri dengan Allah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah.

    Dari Segi Syara’  apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

    Dari Sudut Al-Quran :

     

    مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

    “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah: 261)

    Dari Sudut Hadith :

    Dari Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW:

    إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ : مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

    “Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)

    Pewakaf boleh melakukan ibadah secara wakaf tunai, iaitu berwakaf menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini bagi tujuan membiayai aktiviti-aktiviti dan kebajikan amal jariah. Dana wakaf yang dikumpul kemudiannya ditukar kepada harta kekal yang akan dimanfaatkan untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat mengikutkesesuaian dan peraturan yang digunapakai.

    Jenis Wakaf

    1. Wakaf am - boleh digunakan untuk apa-apa kepentingan Islam.
    2. Wakaf khas - akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan seperti bagi tujuan pembiayaan pendidikan, kesihatan atau aktiviti kebajikan.

    Rukun Wakaf

    1. Orang yang mewakafkan. (الْوَاقِفُ)
    2. Pihak yang menerima wakaf. (الْمَوْقُوْفُ عَلَيْهِ)
    3. Benda yang diwakafkan.  (المَوْقُوْفُ)
    4. Suratan yang berkenaan dengan wakaf termasuk wasiat juga dikenali dengan sighah wakaf. (حُجَّة)
    Cara Berwakaf

    1. Salurkan sumbangan wakaf anda melalui akaun :
    BANK ISLAM (BIMB) : 12177010004181 / TABUNG AMANAH WAKAF UiTM

    2. Melalui potongan gaji bagi Staf UiTM
    Sila pergi ke eFinePortal UiTM , klik menu FineEPayroll dan klik Permohonan dan seterusnya Potongan Gaji. 
     >> Sila pilih Jenis Potongan: DANA WAKAF UITM

    Soalan Lazim Wakaf

    1. Adakah Wakaf UiTM berbentuk sumbangan bulanan atau sekali sumbangan?

    Wakaf UiTM adalah ibadah sunnah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa halangan dari segi waktu dan tempoh.

    Bahagian Zakat, Sedekah Dan Wakaf

    Hubungi Kami

    Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
    Pemerkasaan Adiwangsa

    Aras Bawah
    Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
    Universiti Teknologi MARA,
    40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA

    ☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
     Email: bzsw@uitm.edu.my

    Ikuti Kami

    • Tiktok
    • Instagram
    • Whatsapp
    • Telegram

    Pautan Rasmi

    VISITOR

    Today 21

    Yesterday 74

    Week 226

    Month 1140

    All 54457

    © 2024 COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA                                        Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy