jenis zakat
1. ZAKAT FITRAH
01
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah, zakat yang difardhukan ke atas tiap-tiap individu lelaki dan perempuan muslim yang mampu dengan syarat-syarat ditetapkan.
02
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi diri dan keluarga serta tanggungan.
- Seseorang yang ada lebih makanan/harta dari keperluan tanggungjawabnya pada malam / pagi hari raya.
- Ada ana lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas ia terbenam.
- Peluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
03
Kaedah Bayaran Zakat Fitrah
ia dibayar dari makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Ini telah diperjelaskan oleh Rasullah SAW yang diriwayatkan dalam hadis oleh Abu Said al-Khudry:
"…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”
(Hadis riwayat Muslim)
04
Kadar Bayaran Zakat Fitrah
Bagi kadar zakat fitrah, sepertimana hadis kaedah bayaran, cukuplah satu gantang Baghdad = 2.70 kg beras/senilai dengannya. Dan setiap kadar pada setiap negeri berbeza, maka perlu merujuk kepada ketentuan semasa oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Setiap Negeri (2023)
Negeri | Kadar Bayaran 2023 | |
---|---|---|
Perlis | RM7 | |
Kedah | RM 7/RM14/RM21 | |
Pulau Pinang | RM7/RM13/RM20 | |
Perak | RM7/RM14/RM21 | |
Selangor | RM7/RM14/RM21 | |
Negeri Sembilan | RM7/RM10/RM21 | |
Melaka | RM7/RM14/RM21 | |
Johor | RM7/RM10 | |
Pahang | RM7 | |
Terengganu | RM7 | |
Kelantan | RM7/RM14/RM21 | |
Sarawak | RM7 | |
Sabah | RM7 | |
Wilayah Persekutuan | RM7/RM14/RM21 | |
Kuala Lumpur | RM7/RM14/RM21 | |
Putrajaya | RM7/RM14/RM21 | |
Labuan | RM7/RM14/RM21 |
05
Waktu Menunaikan zakat Fitrah
Zakat Fitrah mempunyai 5 bahagian waktu untuk menunaikannya. Waktu-waktu tersebut adalah seperti berikut:
- Waktu Wajib - Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- Waktu Afdal - Sebelum Sembahyang Hari Raya
- Waktu Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu Makhruh - Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal.
- Waktu Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal
2. ZAKAT HARTA
01
Zakat pendapatan
Ianya bermaksud pelbagai jenis upah, seperti imbuhan, bayaran/hasil dapatan kerja/usaha yang dilakukan secara konsisten atau sekali-sekali.
Zakat ini ada dua kaedah pengiraan:
-
5% atas semua pendapatan setelah ditolak had kifayah dan tolakan yang dibenarkan.
-
5% atas semua pendapatan kasar.
02
Zakat perniagaan
Ianya satu zakat yang wajib dikeluarkan daripada hasil harta perniagaan sama ada ia bersifat pembuatan, perikanan, perkapalan, pertanian, pembekalan, perlombongan, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.
Zakat ini memerlukan 2.5% atas aset semasa bersih yang diselaraskan. Kaedah pengiraannya seperti berikut:
-
Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
-
Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
03
Zakat Wang Simpanan
Ia merupakan zakat yang berupa mata wang sama ada kertas, syiling atau sebagainya selagi ia setaraf dengan emas dan perak yang simbolik sebagai satu kuasa membeli. Ianya boleh digunakan bagi tujuan bermuamalah seperti emas dan perak. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) / perak (595 gram).
5% atas baki terendah dan melibihi nisab yang tersimpan selama setahun setelah ditolak faedah. Zakat ini ada beberapa kaedah pengiraan:
- Simpanan Tetap - Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
- Simpanan Biasa - Dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.
- Simpanan Dalam Satu Akaun - Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
- Simpanan Dalam Beberapa Akaun - Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
04
Zakat Pelaburan
Definisi bagi zakat perlaburan boleh dianggap sebagai saham atau modal sah syarikat yang dicarum pemilik atau sebahagian modal sesuatu perniagaan. Saham adalah wang yang dilaburkan dalam perniagaan. Sebarang sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai dalam pasaran saham (Bursa Malaysia), ianya lebih mudah bagi menukarkan wang tunai berbanding dengan saham perniagaan yang tidak tersenarai/koperasi.
Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti tersenanari di pasaran saham. Kaedah Taksiran Zakat Pelaburan adalah seperti berikut:
-
Zakat = (nilai pelaburan di hujung Haul + keuntungan ditunaikan) x 2.5%
05
Zakat KWSP
Merupakan wang yang datang daripada hasil pendapatan seseorang daripada pekerjaannya yang disimpan dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk bawah akta KWSP. Ianya dikenakan zakat kerana konsepnya lebih kurang dengan wang simpanan. Cuma, bezanya ada simpanan di KWSP tak sewenang-wenangnya dikeluarkan seperti akaun simpanan biasa. Hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur tertentu sepanjang tempoh berkhidmat.Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.
Zakat KWSP mempunyai dua pandangan:
- Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) - 2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain.
- Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna) - 2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP.
Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00
Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.
Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00
06
Zakat Emas
Zakat Emas adalah wajib dikenakan kerana nilainya boleh digunakan untuk bermuamalah dan digunakan sebagai satu kuasa membeli. Nisab Emas bagi zakat (semasa) ialah 20 mithqal. Manakala,jumhur faqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).
Bagi mengira Zakat Emas, ada tiga jenis zakat emas (tak termasuk perak):
1. Emas Perhiasan Wanita
Emas yang digunakan dalam berhias, perkakas, atau perabot sama ada berterusan atau sekali sekala. Wajib dizakatkan apabila jumlah beratnya lebih dari 'uruf (adat kebiasaan). Di Selangor, 800 gram adalah kadar uruf emas semasa.
Contoh Kiraan: [(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95
2. Emas Bukan Perhiasan
Emas yang dimiliki bukan bertujuan sebagai perhiasan sama ada dalam bentuk jongkong, matawang, tempat barang kemas dan lain-lain.
Bagi emas jenis ini, ia dikenakan zakat 2.5% daripada jumlah yang ada jika kadar nisabnya melebihi daripada 85 gram.Tidak seperti emas perhiasan wanita.
Contoh Kiraan: Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95
3. Emas Bercagar
Emas yang digadaikan adalah milik sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan
Contoh Kiraan:[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470
1. Emas Perhiasan Wanita
Emas yang digunakan dalam berhias, perkakas, atau perabot sama ada berterusan atau sekali sekala. Wajib dizakatkan apabila jumlah beratnya lebih dari 'uruf (adat kebiasaan). Di Selangor, 800 gram adalah kadar uruf emas semasa.
Contoh Kiraan: [(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95
2. Emas Bukan Perhiasan
Emas yang dimiliki bukan bertujuan sebagai perhiasan sama ada dalam bentuk jongkong, matawang, tempat barang kemas dan lain-lain.
Bagi emas jenis ini, ia dikenakan zakat 2.5% daripada jumlah yang ada jika kadar nisabnya melebihi daripada 85 gram.Tidak seperti emas perhiasan wanita.
Contoh Kiraan: Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95
3. Emas Bercagar
Emas yang digadaikan adalah milik sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan
Contoh Kiraan:[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470
Sumber / Boleh mendapatkan dalil dan maklumat selanjutnya daripada Lembaga Zakat Selangor & myWilayah.com
Bahagian Zakat, Sedekah Dan Wakaf
Hubungi Kami
Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
Pemerkasaan Adiwangsa
Aras Bawah
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA
☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
✉ Email: bzsw@uitm.edu.my
Pemerkasaan Adiwangsa
Aras Bawah
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA
☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
✉ Email: bzsw@uitm.edu.my
Ikuti Kami
Pautan Rasmi
VISITOR
Today 21
Yesterday 74
Week 226
Month 1140
All 54457