zAKAT

    Pengertian Zakat

    Dari Sudut Bahasa:

    Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.


    Dari Sudut Syarak:

    Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

    Hukum Zakat

    Zakat


    Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.


    Hikmat Disyariatkan Zakat


    Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

    • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
    • Membersihkan diri pembayar zakat.
    • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
    • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
    • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
    • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
    • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
    • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
    • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
    • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

    Sumber : Lembaga Zakat Selangor

    Bahagian Zakat, Sedekah Dan Wakaf

    Hubungi Kami

    Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
    Aras Bawah
    Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
    Universiti Teknologi MARA,
    40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA

    ☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
     Email: bzsw@uitm.edu.my

    Ikuti Kami

    • Tiktok
    • Instagram
    • Whatsapp
    • Telegram

    Pautan Rasmi

    VISITOR

    Today 65

    Yesterday 86

    Week 226

    Month 1539

    All 41620

    © 2024 COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA                                        Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy