Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

Pengenalan SDG

Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali dengan Sustainable Development Goals (SDG) adalah agenda yang dibawa semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak awal 2015. Terdapat 17 matlamat yang telah ditetapkan demi mencapai resolusi bersama "Mengubah Dunia Kita:Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan". Resolusi ini telah dilakukan sebagai perjanjian antara kerajaan daripada 193 negara untuk membina prinsip-prinsip bagi mendapatkan masa hadapan yang dunia mahukan (The Future We Want). SDG mempunyai senarai sasaran yang berbagai untuk dicapai (169 sasaran) bagi mencapai 17 gol yang meliputi penyelesaian keatas isu pembangunan sosial dan ekonomi termasuk kemiskinan, kelaparan, kesihatan, pendidikan, pemanasan global, air, sanitasi, tenaga, urbanisasi, alam sekitar dan keadilan sosial.



Matlamat-matlamat Pembangunan Mampan 2023

SDG

Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) merangkumi unsur-unsur sosial (56%), ekonomi (20%) dan alam sekitar (24%). SDGs merupakan teras agenda 2030 bagi pembangunan mampan yang dipersetujui oleh Ketua-ketua Negara dan masyarakat antarabangsa pada 25 September 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (Economic Planning Unit, 2017). 
 SDGs merupakan kesinambungan agenda pembangunan yang diteruskan selepas berakhirnya Millennium Development Goals (MDGs) pada 2015. MDGs mempunyai 8 matlamat dan 21 sasaran. Manakala SDGs diperluaskan kepada 17 matlamat dan 169 sasaran dengan matlamat bagi meneruskan agenda 2030 mencapai keseimbangan dalam tiga dimensi pembangunan mampan iaitu merangkumi sosial, ekonomi dan alam sekitar (Department of Statistics, Malaysia, 2018).
Pelaksanaan SDGs adalah bermatlamat untuk menjamin generasi masa depan supaya mereka mampu untuk mendapat semua keperluan asas yang diperlukan. Program ini meliputi people (manusia), planet (planet), prosperity (kesejahteraan), peace (keamanan), dan partnership (rakan strategik), yang diharapkan dapat mengakhiri permasalahan yang sedang dialami sekarang oleh negara-negara sedang membangun (Economic Planning Unit, 2017).

Sasaran bagi setiap Matlamat Pembangunan Mantan 2023

Berikut adalah sasaran bagi SDG (boleh tekan pada setiap imej berikut untuk maklumat lanjut) :
heading-sdg1.png
heading-sdg3.png
heading-sdg5.png
heading-sdg7.png
heading-sdg9.png
heading-sdg11.png
heading-sdg13.png
heading-sdg15.png
heading-sdg17.png
heading-sdg2.png
heading-sdg4.png
heading-sdg6.png
heading-sdg8.png
heading-sdg10.png
heading-sdg12.png
heading-sdg14.png
heading-sdg16.png

Matlamat Yang Berkait dengan Zakat, Sedekah dan Wakaf di UiTM

Image
SDGs
Jenis Bantuan Zakat
Kategori Asnaf
Bantuan Zakat
Tiada Kemiskinan
1.Bantuan Kewangan
2. Bantuan Menyelesaikan Hutang
3. Bantuan Ibn Sabil
Fakir Miskin, Muallaf
Gharimin
Ibn Sabil


Sifar Kelaparan
Bantuan Kewangan
Fakir Miskin
Kesihatan &
Kesejahteraan
1. Bantuan Takaful
2. Bantuan Perubatan
3. Bantuan al-Riqab
Fakir Miskin
Fakir Miskin 
Al-Riqab


Pendidikan Berkualiti

Bantuan Am Persekolahan
Bantuan Am Pelajaran IPT
Bantuan Persediaan IPT

Fakir Miskin
Fi Sabilillah


SDGs
Jenis Bantuan Zakat
Kategori Asnaf
Bantuan Zakat
Pengembangan Kerjaya &
Pengukuhan Ekonomi
1.Bantuan Perniagaan
2. Bantuan Pertanian
Fakir Miskin,
Muallaf
Kelestarian Bandar &
Komuniti

Bantuan Perkahwinan
Bantuan Guaman SyariBantuan Musibah
Bantuan Deposit Sewa Rumah
Bantuan Membina Rumah

Fakir Miskin
Institusi Damai, Adil &
Kuat
Ketelusan Institusi Zakat dalam
Kutipan dan Agihan Zakat
Amil
Rakan Stratergi untuk
Mencapai Matlamat

Rakan Individu dan
Syarikat Korporat dalam
Kutipan dan Agihan Zakat

Amil
HUBUNGI KAMI
Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
Pemerkasaan Adiwangsa

Aras Bawah
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA

☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
 Email: bzsw@uitm.edu.my

IKUTI KAMI

  • Tiktok
  • Instagram
  • Whatsapp
  • Telegram

VISITOR

Today 41

Yesterday 60

Week 41

Month 401

All 95504