ALUAN PENGARAH
Alhamdulillah, laman web rasmi ini merupakan wadah terbaik bagi menghubungkan Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) dengan warga UiTM dan seluruh rakyat Malaysia.
ZAWAF UiTM diasaskan seawal tahun 1998 telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu seluruh warga UiTM menunaikan kewajipan berzakat dan bersedekah serta menyalurkan bantuan zakat dan sedekah kepada seluruh pelajar dan warga UiTM yang memerlukan. ZAWAF juga menerima dan menguruskan sumbangan wakaf untuk disalurkan kepada projek-projek pembangunan infrastruktur wakaf yang bermanfaat kepada seluruh warga UiTM secara khusus, dan seluruh umat Islam secara umumnya.
Alhamdulillah, kerjasama dan sokongan padu tanpa jemu seluruh warga UiTM dan rakyat Malaysia sangat membantu ZAWAF dalam merealisasikan peranannya sebagai entiti filantropi universiti, serta telah membantu melonjakkan UiTM di persada dunia, selaras dengan visi UiTM menjadi universiti terkemuka di dunia.
ZAWAF sentiasa menjunjung tinggi nilai Excellence, Synergy dan Integrity (ESI) dan mengamalkan nilai Ilmu, Disiplin, Amanah, Rajin dan Tanggungjawab (iDART) dalam segenap aspek pentadbiran, pengurusan dan juga pelaksanaannya. Kami juga sentiasa menghargai dan mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat dan maklumbalas penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pengurusan zakat, sedekah dan wakaf di UiTM.
Akhir kata, bersama kita hayati firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 272:
“Dan apa jua harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana keredhaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”.

Semoga segala usaha dan gerak kerja yang telah dan akan dilaksanakan ZAWAF sentiasa mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah SWT.
Jazakumullahu khayran kathira!
PROFESOR MADYA DR. MOHD ASHROF ZAKI BIN YAAKOB
Pengarah
Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) Universiti Teknologi MARA
Bahagian Zakat, Sedekah Dan Wakaf
Hubungi Kami
Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf
Pemerkasaan Adiwangsa
Aras Bawah
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA
☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
✉ Email: bzsw@uitm.edu.my
Pemerkasaan Adiwangsa
Aras Bawah
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Universiti Teknologi MARA,
40450, Shah Alam Selangor, MALAYSIA
☏ Tel: 03-5544 3115 / 2381
✉ Email: bzsw@uitm.edu.my
Ikuti Kami
Pautan Rasmi
VISITOR
Today 21
Yesterday 74
Week 226
Month 1140
All 54457